Blog sudah semakin usang. Template tak ditukar. Cerita tidak di update.
Seperti bertahun sudah tidak menulis di blog. Memang pun.. Sebabnya saya byk bercerita dgn Allah.. Alhamdulillah terasa lebih dekat dengan Allah.
Semalam tak boleh tidur. Mengadu dengan Allah. Tapi minda ligat terasa ingin menulis. Pagi ni sampai di workstation, terus menulis blog. Hobi lama yang telah aku tinggalkan.
Ceritera kita semua berbeza. Kadangkala kita tiada tempat mengadu, maka mengadulah dengan Allah. Terasa rindunya dan syahdunya. Ya Allah, tenangkanlah hatiku, kosongkanlah mindaku, kuatkanlah imanku, penuhkanlah haritu dengan kesibukan agar aku dapat melupakan setiap kesedihan hidup ini.
Allah, Ar-Rahman, Ar-Rahim.. Jika aku telah tiada di dunia ini, kau bimbinglah dan berilah pedoman pada anakku agar menjadi insan yang cemerlang.
Masa kini tidak akan sama dengan masa lalu. Sesungguhnya aku teramat merindui masa lalu. Allah telah mengaturnya sebaik mungkin. Apa yang pasti, akan dilakukan yang terbaik untuk masa hadapan.
Blog Usang
End of 2014
Tik.. Tok.. Tik.. Tok.. dah sampai end of December 2014... 2 more days to close year of 2014..
Such many thins happen in 2014..
Tahun depan, Hayyan pn dah nak masuk skolah taska dah.. moga Hayyan lebih cerdik n berdikari hendaknya..
Anakku Hayyan |
Sejak akhir2 ini Malaysia ditimpa dengan pelbagai dugaan... Banjir di Pantai Timur ibarat Tsunami kecil.. Allahu Akbar.. Semoga semuanya kembali pulih..
Bertabahlah wahai saudara2ku. InshaAllah marilah sama2 kita sedekahkan apa yg patut kepada mereka yg memerlukan.. bila tiba hari kita, Allah bantu kita plak nnt..
Sedihnya Ya Allah.. xterkata apa.. kalau xde anak kecil.. dah lama aku pergi jd sukarelawan di sana..
Owh 2014!!
Assalamualaikum..
Lama dah rupanya tak update blog.. bleh jadi setahun sekali apa baru nak update.. kira okla daripada takde kan..
Sebenarnye malasss nak update.. bukan takde citer.. tambahan pula busyy sesangat.. haha mcm la aku sorg je bz kan..
Tahun 2014 adalah tahun yg paling malas nak update blog sebenarnye.. Hopefully tahun depan lbh rajin la kot..
Hayyan pun dah 2 tahun 7 bulan.. semakin hari semakin cerdik.. makin boleh harap n makin mendengar kata dah.. Moga menjadi anak yang soleh..
sayang anak ibu.. |
Anak
Harini emosi saya kurang stabil. Apa yang say ank katakan, saya belum bersedia untuk tambah anak lagi.. Cukup la seorang anak. Ibu dah cukup bahagia dengan Hayyan seorang.
Lg sebulan Hayyan dah nak 2 tahun. Sayang anak ibu sgt..
Kesian dh beberapa hari Hayyan demam flu xsembuh lg..
2014 sudaa..
Assalamualaikum..
Pejam celik, pejam celik tahun 2014 menjelma sudah.. dah nk abis bulan Januari dah pun.. haha dah beberapa bulan aku x update blog.. kalau umah, abis bersawang n habuk penuh.. Saje mls + busy sgt dgn keje2 yg belambak di akhir tahun aritu.. hoho.. keje mmg xpenah abis ari2, asyik pending je..
Gud news di tahun baru, aku berjaya mengembalikan HRMIS pd Sumber Manusia.. Tapi aku tetap gak handle HRMIS.. xpe, step by step kan.. News yg xbrapa nk syok plak ialah dpt bos yg xbrapa nk best.. haha Xkesahla, pape pun sbb dia bkn lg bos sy secara direct.. bersyukur dan berharap saya sy boleh mendalami bidang IT plak pas ni.. tahun ni rasa mcm nk g kursus bebanyak.. haha mampu ke.??
Hayyan pun dah stop breastfeeding.. Alhamdulillah mudah Hayyan brenti.. kdg2 rindu gak time Hayyan BF dulu. Umur 1 tahun 7 bulan Hayyan dah stop BF. senang ibu nk tggal lps ni. Tido mlm pn Hayyan xpenah jaga minta susu. Kali ni Hayyan bg chance ibu tido nyenyak. Yela sejak hayyan lahir mmg xpenah tido nyenyak coz dia slalu terjaga nk BF mlm2.. Walaupun Hayyan minum FM, Alhamdulillah Hayyan xpenah minta susu mlm2, kecuali Hayyan nak sgt, baru dia akan minta.
Hayyan semakin lasak skrg n tgh blajar sebut skit2.. Semoga Allah beri aku kesabaran utk besarkan Hayyan dgn sihat tanpa mengikut perasaan. Anak2 cergas n lasak ni mmg sgt mnguji kesabaran ditambah dgn sikap temper tantrum nye.. Semoga anak ibu membesar menjadi anak yg soleh.
Azam tahun ni :
beli moto baru..
nak servis kete bg cun n cat kete color merah..
nak bwk hayyan jln2 n bercuti..
berharap MIL sihat spt dulu..
nak beli tanah/ buat rumah..
nak timba pengalaman ilmu IT lebih skit
Sekian.
Hayyan and Temper Tantrum
Wahh.. lamanya x update status.. Last update masa ramadhan. Now dh abis syawal dah pun.. Hayyan skg dah 1 tahun 5 bulan. paling mencabar perangainya coz kuat memberontak.. kalau merajuk sgt kuat bebainya.. menangis smpai menjerit2 then mesti pukul ibu.. sian ibu ni lah yg slalu jd mangsa Hayyan. Hayyan punya temper tantrum kekadang tu menjadi2.. Ya Allah, aku slalu berdoa semoga Allah berikan kesabaran kepadaku dalam membesarkan Hayyan. Kalau xsabar, mmg mcm2 boleh jadi, mcm org duk dera anak tu.
Moga Hayyan makin berubah n supaya Allah lembutkan hati Hayyan. Org kata anak kalau aktif, nnt besar dia cerdik.. mmg ramai org ckp hayyan ni sgtlah aktif budaknye.. Dlm byk2 pembacaanku, ramai yg kata perangai budak2 ni makin berubah bila makin besar.
Disebabkan keaktifan dan kemanjaan Hayyan tu, jd ibu terpaksa merancang kehamilan utk 2nd baby nnt. Biarlah Hayyan besar n cerdik sikit. Senang ibu nk handle nnt. kalau x, mau nye ibu meroyan..
Apa2 pun ibu n papa LOVE Hayyan so much...!!!!
xjemu2 main walker tu smpai besar |
mainan baru ibu beli - "Bekho" |
dah besar baru tringin pkai sarung tgn tu |
pastu pakai kt kaki plak |
excited gile dpt tgk mesin padi |
tu.. tu... |
jenuh nak kepung |
telompat2.. teruja.. |
org solat dia pn sibuk la nk Allah hu Akbar |