2 April 2012 (Isnin) :
Masa ni aku dah 38 weeks. Aku bekerja mcm biasa. En Asben plak keje mlm. Jadi, aku akan tido di rumah tok setiap kali asben keje mlm. Yela time2 perut tgh sarat mengandung, aku tersgt la xlrt nk bwk perut yg sgt berat kurasakan ditambah pula dgn kaki tgn ku yg membengkak bagai di pam. Terasa bengkak angin. Nak berjalan n duduk pun xselesa. Nak solat plak aku akan solat sambil duduk je. Alhamdulillah jugak aku telah berjaya siapkan taklimat SKT aku smpai ujung bln 3. Sabtu 31/3/2012 tu aku sempat lg pegi ke Swiss Inn Sungai Petani utk sertai bengkel Perjawatan dgn staf2 sumber manusia. Sempatla tido 1 mlm di sana, masa tu rasa sarat sgt tp masih boleh digagahkan demi keje. Sebabnye my boss nak saya siapkan perjawatan tu sblm cuti bersalin.38 weeks pregnancy (gambar di Swiss Inn) |
Terasa bdn panas sgt mlm tu, nak tido pn selesa, last2 aku bangun tido atas sofa kat dapur sbb kat dapur ade kipas syiling. mcm biasa la aku akan slalu ulang alik ke tandanas sbb nk terkucil. Jam dlm kul 2 pagi, aku pegi buang air kecil, tiba2 aku rasa nk tgk plak kt bwh masa membuang tu. Tergezut plak bila aku nampak ade darah skit kluar b4 air kecilku kluar. xbyk pun, sikit je. Then, aku masuk bilik nak tido, pastu rasa konfius betul ke darah yg aku nampak td. Aku ke toilet lg skali, then aku tgk same jgk, kluar darah dulu. Tp xbyk pn, sikit je. Dalam hati ni ckp, emm xde pape kot, blum masanya lg kot, sbb aku xrasa sakit pape pun. tapi risau pn ade. Then aku sms asben bgtau. En asben suh tanya tok plak mcm mana. Lalu aku pn kejutkan maktok & bgtau dia. Huh, terus maktok buat gelabah, katanya dah pecah ir ketuban, terus dia pi kejut makngah aku suh anta p hospital. Adehh aku lak tercengang2.. Ape kes la tok aku ni, aku xsakit pun, dia dah buat kelam kabut bagai. Aku suh la tggu asben aku amik, dia dah xbg. So, terpaksala aku pegi hospital kul 3 pagi dihantar oleh maknah. Asben aku plak dtg kemudian.
Smpai hospital, aku terus buat CTG.. masa buat CTG lama gak sbb anak xgerak sgt. but then ok je & contraction pun xdela kerap sgt. pastu seorg HO aka doc pelatih muda (laki lak tu) dtg bgtau nk cek bukaan. Byk kali he say sorry b4 buat tu. Serius sgt malu nk buka n kangkang.. Adehh pastu tah mende ape tah dia jolok masa buat ve. Of course la pedih gak. Ade darah jgk lekat kt mende alah yg dia jolok tu. Doc tu bgtau, baru 1cm je bukaan. So aku bole blk dulu. Katanya lambat lg nk bersalin sbb anak 1st, mayb dlm 2-3 hari lg baru kluar kot. Huhu dgn kesakitan, aku pn blk la semula umah tok.
Pagi tu bangun, aku kuatkan jugak nak pegi keje. My asben dtg pick up kt umah tok mcm biasa. Sampai ofis, aku citer pengalaman aku pegi buat ve pd kengkwn. Rasa sgt menyesal pegi hospital. Daripada aku xrasa sakit pa per, terus rasa sakit akibat buat ve tuh. nak jln pn sakit. Pagi tu aku buang air pn still ade darah skit2, mayb sbb kesan buat ve tu kot. Tengahari dah clear dah air kencing tu xde darah. My target haritu nak siapkan gak semak pejawatan dgn staf HTF & alhamdulillah berjaya abiskan semak perjawatan HTF smpai blk pn kul 5.30 gak ler. Time keje tuh aku rasa sgt2 la xselesa, rasa perut mengeras, sakit pinggang. Rasanya dah rasa contraction tp xsakit sgt la, cuma xlrt. Staf2 pejabat kejap2 jenguk aku dlm bilik ok ke tak. Hehehe tp aku masih control n masih boleh tersenyum.
Mlm pun tiba & my asben cuti mlm coz dia tukar shift keje esok pagi plak. So aku tido di umah ajer.
(continue 2 next entry...)
0 comments:
Post a Comment
Komen Anda :