~~ SiLkY He@Rt ~~

Hatiku Selembut Sutera...

Owh 2014!!

Assalamualaikum..

Lama dah rupanya tak update blog.. bleh jadi setahun sekali apa baru nak update.. kira okla daripada takde kan..

Sebenarnye malasss nak update.. bukan takde citer.. tambahan pula busyy sesangat.. haha mcm la aku sorg je bz kan..

Tahun 2014 adalah tahun yg paling malas nak update blog sebenarnye.. Hopefully tahun depan lbh rajin la kot..

Hayyan pun dah 2 tahun 7 bulan.. semakin hari semakin cerdik.. makin boleh harap n makin mendengar kata dah.. Moga menjadi anak yang soleh..

sayang anak ibu..
Moga pembentukan keluarga ini sempurna n bahagia ke akhir hayat... walaupun aku xmempunyai keluarga yg sempurna mcmorg lain..

Ibu akan buat yang terbaik utk anak ibu.. 

hari2 mai keja, hati duk ingat kt anak.. apa yg sedang dia buat n sbgnya.. xpenah sedetik pn aku lupakan Hayyan.. haru sungguh no prasaan ibu ni.. mcm mana la ada mak duk tggai n bg anak kt kt org tu.. err... 

Wallahua'lam..

Anak

Harini emosi saya kurang stabil. Apa yang say ank katakan, saya belum bersedia untuk tambah anak lagi.. Cukup la seorang anak. Ibu dah cukup bahagia dengan Hayyan seorang.

Lg sebulan Hayyan dah nak 2 tahun. Sayang anak ibu sgt..

Kesian dh beberapa hari Hayyan demam flu xsembuh lg..

2014 sudaa..

Assalamualaikum..

Pejam celik, pejam celik tahun 2014 menjelma sudah.. dah nk abis bulan Januari dah pun.. haha dah beberapa bulan aku x update blog.. kalau umah, abis bersawang n habuk penuh.. Saje mls + busy sgt dgn keje2 yg belambak di akhir tahun aritu.. hoho.. keje mmg xpenah abis ari2, asyik pending je..

Gud news di tahun baru, aku berjaya mengembalikan HRMIS pd Sumber Manusia.. Tapi aku tetap gak handle HRMIS.. xpe, step by step kan.. News yg xbrapa nk syok plak ialah dpt bos yg xbrapa nk best.. haha Xkesahla, pape pun sbb dia bkn lg bos sy secara direct.. bersyukur dan berharap saya sy boleh mendalami bidang IT plak pas ni.. tahun ni rasa mcm nk g kursus bebanyak.. haha mampu ke.??

Hayyan pun dah stop breastfeeding.. Alhamdulillah mudah Hayyan brenti.. kdg2 rindu gak time Hayyan BF dulu. Umur 1 tahun 7 bulan Hayyan dah stop BF. senang ibu nk tggal lps ni. Tido mlm pn Hayyan xpenah jaga minta susu. Kali ni Hayyan bg chance ibu tido nyenyak. Yela sejak hayyan lahir mmg xpenah tido nyenyak coz dia slalu terjaga nk BF mlm2.. Walaupun Hayyan minum FM, Alhamdulillah Hayyan xpenah minta susu mlm2, kecuali Hayyan nak sgt, baru dia akan minta.

Hayyan semakin lasak skrg n tgh blajar sebut skit2.. Semoga Allah beri aku kesabaran utk besarkan Hayyan dgn sihat tanpa mengikut perasaan. Anak2 cergas n lasak ni mmg sgt mnguji kesabaran ditambah dgn sikap temper tantrum nye.. Semoga anak ibu membesar menjadi anak yg soleh.

Azam tahun ni :
beli moto baru..
nak servis kete bg cun n cat kete color merah..
nak bwk hayyan jln2 n bercuti..
berharap MIL sihat spt dulu..
nak beli tanah/ buat rumah..
nak timba pengalaman ilmu IT lebih skit

Sekian.




Hayyan and Temper Tantrum

Wahh.. lamanya x update status.. Last update masa ramadhan. Now dh abis syawal dah pun.. Hayyan skg dah 1 tahun 5 bulan. paling mencabar perangainya coz kuat memberontak.. kalau merajuk sgt kuat bebainya.. menangis smpai menjerit2 then mesti pukul ibu.. sian ibu ni lah yg slalu jd mangsa Hayyan. Hayyan punya temper tantrum kekadang tu menjadi2.. Ya Allah, aku slalu berdoa semoga Allah berikan kesabaran kepadaku dalam membesarkan Hayyan. Kalau xsabar, mmg mcm2 boleh jadi, mcm org duk dera anak tu.

Moga Hayyan makin berubah n supaya Allah lembutkan hati Hayyan. Org kata anak kalau aktif, nnt besar dia cerdik.. mmg ramai org ckp hayyan ni sgtlah aktif budaknye.. Dlm byk2 pembacaanku, ramai yg kata perangai budak2 ni makin berubah bila makin besar.

Disebabkan keaktifan dan kemanjaan Hayyan tu, jd ibu terpaksa merancang kehamilan utk 2nd baby nnt. Biarlah Hayyan besar n cerdik sikit. Senang ibu nk handle nnt. kalau x, mau nye ibu meroyan..

Apa2 pun ibu n papa LOVE Hayyan so much...!!!!

xjemu2 main walker tu smpai besar

mainan baru ibu beli - "Bekho"

dah besar baru tringin pkai sarung tgn tu

pastu pakai kt kaki plak

excited gile dpt tgk mesin padi

tu.. tu...

jenuh nak kepung

telompat2.. teruja..

org solat dia pn sibuk la nk Allah hu Akbar

Salam Ramadhan 2013

Hi all... Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini..

Alhamdulillah sehingga hari ni aku belum selang puasa lg. Semoga terus diberi kekuatan. Yang penting, sahur mesti makan.

Hayyan semakin cerdik dan bijak sgt skg.. dah pandai mengikut apa yang orang buat dan pandai sebut sepatah dua perkataan.. Hayyan suka mengikut apa yg org buat.. dia tiru papa dia buang hingus di kain.. dia tiru gaya sape xtau duk terbongkok2 n jln senget.. dia sibuk nak tgk kalu ibu masak kt dapur, nak suh ibu dukung dia sama. Kalau ibu nak cuci baju, dia pn sibuk nak tlg ibu sama. Skg ni dah pandai sebut 'bas', 'ikan', 'lori', 'tutu' aka moto, 'papa', 'bu', 'dah', 'jom', 'kakak'. Kadang2 membebel sorg2 lg la ibu xpaham. Moga Hayyan cepat pandai bercakap.

Baju raya Hayyan xbeli lg. Insha Allah gaji minggu dpn nak trus beli baju raya dulu. Baju raya ibu n papa xperlu beli la thn ni. Pakai je baju yg ada. Ibu n papa nak pakai baju masa kawin dulu tu thn ni. Baju kurung aku tu aku dh modified supaya besar skit.

Lately, Papa Hayyan slalu sakit-sakit. Asyik duk lelah plak n xsembuh2 lagi. aku rasa ade yg xkena ngan my asben. Risau dgn condition my asben. Tgk luaran tu mcm sihat tp sebenarnye dia kurg sihat. Pa, kami sayang Papa.. Jomla kita pegi berubat.. kesian Hayyan kecik lg. Moga my asben dikurniakan kesihatan yg lebih baik oleh Allah.. Amin..  Aku pn kena lbh berkeras lps ni. No more buah-buahan yang sejuk di umah n no more makanan yg berangin sehingga my asben betul2 sembuh.

Bengkak di Payudara

warna kuning : kawasan dimana aku SAKIT

Pada umur Hayyan mencecah setahun 3 bln ni, Alhamdulillah aku masih mampu menyusukan Hayyan walaupun tidak sepenuhnya. Bila mlm Hayyan mesti minum susu ibu. Susu ibu pun xdela semeriah dulu sgt n dah xbyk mcm dulu tp still mencukupi utk Hayyan di waktu mlm.

Dah lama aku xbengkak susu. Tetiba Isnin lepas aku rasa sakit sgt breast sblm blk keje tuh. Pelik jgk, xkan bengkak susu tp rasa xcekang pn payudara. Mayb sakit sbb aku tgh period jgk kot. Blk keje je, aku terus susukan Hayyan dgn susu ibu utk hilangkan rasa sakit tuh. Dah abis Hayyan hisap, tp still rasa sakit sebelah kanan. Terus aku pn demam sejuk sgt. Perkara mcm ni dah biasa aku lalui bila aku bengkak susu, after telan panadol, within 2-3 hours insha Allah aku akan kembali normal. My asben plak keje mlm.. id apn agak risau asyik tanya kalau aku teruk, dia nak blk.. tp aku kuatkan semangat jgk, aku kata xpe, nnt okla ni. aku cuba ambik ais tuam kt tepi yudara yg sakit tu smpai tertido. Tgh mlm pn asyik susukan hayyan coz nk bg sembuh tepi yudara yg sakit tuh. But still xlega jgk n aku masih demam dgn sejuk sgt. Aku gagahkan juga utk siap pegi keje. Sampai ofis, bdn aku jd bertambah sejuk n masih lg sakit di payudara kanan. Nak kata bengkak susu, Hayyan dh abis hisap dah susu. Tp mcm ada ketulan skit sebelah kanan tu, aku confuse adakah susu tersumbat atau beku. Ya Allah sakitnya allah saja yg tahu..

Aku kluar pegi umah TokJang (tukang urut) dgn harapan dia tahu utk kurgkan rasa sakit ni. Tetibe TokJang xde kt umah plak, kluar pegi mengurut kata anaknya. Terus aku ke umah MIL. Mcm nk menangis bgtau kt MIL yg aku sakit sgt t*t*k. Alhamdulillah MIL tlg urut sikit2 n sapu minyak. Sakit pn makin berkurang. Rasa keletihan yg teramat sgt. Then, aku rest kejap, mandi n terus masuk ofis semula..

Bengkak di tepi tu dh xde lg, tp masih ade rasa bisa sakit2 tu lg, smlm aku masih demam n aku urut perlahan2 smpai tertido. MIL ckp bukan bengkak susu, bengkak angin katanya. Ya Allah sembuhkanla penyakitku ini dan jauhkanla aku dari sebarang penyakit yg tidak diingini.

This blog is about my lifetime story..

My Love Life Tickers

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

My Baby Ticker

Lilypie First Birthday tickers

My Baby Weight (Growth) :

  • 2.5 years : 12.2 kg
  • 1 year : 8.3 kg
  • 10 months : 7.7 kg
  • 8 months : 7 kg
  • 6 months : 6.4 kg
  • 5 months : 6.1 kg
  • 4 months :
  • 3 months :
  • 2 months :
  • 1 month : 3.4 kg
  • 20 Days :
  • 10 Days :
  • New Born : 2.4 kg

Followers

Ads 468x60px

Featured Posts